Saturday, March 03, 2007

Akan Terbit ..


Hai jangan lupa dapatkan di pasaran ...

Tuesday, February 13, 2007

Episod Dua Puluh Dua



Episod Dua Puluh Dua

Penulis: Fansuri

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung



Detik waktu berlalu begitu pantas . Kekadang kita tidak menyedari dan kekadang kita sedari. Setiap yang berlalu dalam hidup kita akan menjadi sejarah dan kenangan . Yang manis atau pun pahit ia tetap bernilai kerana ianya sebuah kenangan .Mati-mati aku ingat ada pencuri semalam masuk ke rumah aku . Rupa-rupanya Ram . Sebelum balik ke kampung hari tu dia kata nak cuti sampai seminggu, katanya nak cari ketenangan dan yang paling penting dia mahu berbincang dengan keluarganya tentang majlis pertunangan yang akan datang . Tapi dia hanya balik 4 hari sahaja. Dari riak wajahnya aku dapat mengagak Ram mesti dalam masalah .Memang aku kenal sangat sahabat aku yang sama tok mudim ni .Lagipun Ram bukan pandai berlakon . Tambahan pula lakonan yang melibatkan riak wajah .

“Macam mana percutian kau Ram ‘ Aku memulakan bicara

‘Ok saja Mat , tapi entahlah Mat ,ada sesuatu yang membuat aku bimbang dan serba salah ni’ Ram menjawab soalan aku dan cuba memberi gambaran pada aku tentang masalahnya .

“ Apa yang membuat masalahnya?” Tanya aku ringkas pada Ram

“Awek aku la tu , mula-mula memang aku rancang nak kawin dalam bukan 3 akan datang ni selepas dia habis belajar tapi tetiba pula dia nak tangguh pula” Ram menjawab soalan aku dengan muka yang sedih . Kasihan pula tengok kawan aku kesedihan . Kawan aku ni jarang bersedih kerana perempuan .

‘Macam tu rupanya ,tapi itu bukan bermakna dia tak nak bertunang cuma nak tangguhkan sahaja “Kata aku ringkas pada Ram .

‘ Entahlah Mat , kalau fikir logik aku tak sepatutnya sedih , tapi aku terfikir apa salahnya kalau bertunang. Bukan tak boleh sambung belajar pun kalau bertunang dengan aku “ Kata Ram pada aku ,.

“ Memang apa yang kau kata tu betul Ram , tapi zaman sekarang orang zaman tak bertunang lama-lama. Paling lama pun enam bulan dan terus kahwin “ Kata aku sambil memberi penjelasan ringkas pada Ram.

“ Kalau kahwin pun lagi bagus, aku pun tak mahu bertunang lama-lama takut bahaya nanti “ Kata Ram pada aku balik.

Persoalan dan permasalahan ini memang sukar untuk diselesaikan . Kali pertama juga aku lihat Ram lelaki ala playboy yang ramai peminat betul-betul mencintai seorang gadis.

Sudah menjadi satu dasar pemikiran ringkas , pemuda atau pemudi zaman sekarang sukar untuk bertunang walaupun masing-masing sudah mengenali hati budi dan merancang untuk berkahwin . Kekadang alasan tunggu sampai ekonomi dan kehidupan stabil baru nak kahwin atau bertunang , memang susah . Kalau betu-betul nak stabil dari segi ekonomi ,emosi ,bagi lelaki kena tunggu umur 30 tahun lebihlah . Tambahan sekarang pula maskahwin dan hantaran cukup mahal . Banyak juga perhitungan yang aku buat malam ni . Tapi aku tak memikirkan benda yang karut . Hanya masa depan . Masalah yang menimpa Ram mungkin suatu hari nanti akan menimpa aku juga.. Hati hero dah tertawan .Lautan api pun sanggup direnang. Kali ini aku lihat Ram betul-betul jatuh cinta dan ini memang cita sejatinya.

“ Apa yang kau nak risau sangat kalau betul jodoh kau dengan dia bak kata orang gunung di kejar tak kan lari. Lagi pun aku lihat kau dengan dia memang sepadan” Aku cuba memberi sedikit kata-kata semaangat buat sahabat aku.

“ Aku pun setuju apa yang kau kata Mat , kalau aku fikir mendalam sangat nanti lagi teruk. Lagi difikir lagi terfikir benda yang negatif . Aku pasrah sahaja.” Kata Ram pada aku . Sehebat mana lelaki pun kalau betul-betul suka pada seorang gadis memang cair meleleh. Kata aku di dalam hati sebagai kesimpulan kepada masalah Ram .

Bukan main kusyuk aku lihat Ram sembahyang kali ini . Paling aku gembira melihat dia pakai kopiah yang aku hadiahkan padanya . Lepas sembahyang berdoa panjang pula . Mungkin supaya dijodohkan dengan aweknya yang tercinta .Mabuk asmara nampaknya sahabat aku ni. .

“ Kau beli kat mana Mat kopiah ni ?” Tanya Ram pada aku .

“ Kopiah ni aku beli kat Masjid Jamek bersama Najwa”

“Mat ,kekadang aku tak faham perhubungan kau dengan Najwa, betul ker kau dah tak suka kat dia lagi” Tetiba Ram menanyakan soalan itu pada aku .

“Bila pula aku kata tak suka kat Najwa ini .Cuma Najwa yang tak suka kat aku “ Jawab aku sambil ketawa kecil.

“ Sampai bila Mat kau nak menunggu cinta Najwa tu . baik kau jangan layan sangat Najwa tu “ Nasihat Ram pada aku . Memang ada betul juga apa yang dinasihatkan oleh Ram tu .

“ Entahlah Ram . soal hati ni memang susah untuk diselesaikan dan difikirkan secara logik .Persaaan sayang dan cinta aku pada Najwa tak pernah hilang . Cuma aku malas nak layan perasaan tu takut jadi pungguk rindukan bulan .” Jawab aku ringkas . Ram ketawa kecil mendengar jawapan aku . Namun aku tahu dia faham apa yang aku maksudkan .

Sebelum aku tidur . Seperti kebiasaan aku suka menulis diari. Kekadang sahaja , bukan selalu pun aku tulis diari . Seperti hari ini memang perlu aku menulis satu catatan ringkas pertemuanaku dengan Najwa. Setiap kali aku berjumpa dengan Najwa selalunya diari aku penuh tertulis hari itu .Aku mahu saat aku bersama Najwa diabadikan dalam diari aku . Baju Najwa pakai , warna tudung Najwa pakai semua aku tulis . Kekadang aku sendiri pun tergelak dengan perangai aku yang begitu sungguh menyintai Najwa walaupun perasaan itu tidak pernah berbalas . Sayang dan cinta aku pada Najwa hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Bak kata pujangga cinta “Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.” Begitu hebat madah cinta ini . Mungkin madah cinta ini tercipta oleh pujangga yang senasib macam aku yang mana cintanya tidak terbalas. Tidak ketinggalan juga aku menulis nama Hamzah dalam diari aku . Watak lelaki yang selalu mencabar sifat hero aku .Kehadiran Hamzah dalam kehidupan Najwa kekadang membuat aku putus asa untuk terus mengejar cinta Najwa. Hamzah memang lelaki yang hampir sempurna menjadi idaman setiap gadis. Siapalah aku ini untuk bersaing dengan Hamzah .…………………..

Tetiba handset aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.Eh siapa pula hatar mesej malam-malam buta ini .

“Awak Muhmmad Haikal kan ? saya suka awak , boleh brekenalan ke”

Lagi menimbulkan tanda tanya pada aku .Siapalah gerangan yang mencurah perasaan pada aku malam-malam buta ini “……………………..

Bersambung ………..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Ikutilah episode seterusnya .Siapakah gerangan puteri yang mencurah perasaan pada Mat di tengah malam buta ….komen anda saya hargai email mahazan@fansuri.com

Monday, December 25, 2006

Episod Dua Puluh Satu


Episod Dua Puluh Satu
Penulis: Fansuri


Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung …..


Hujan turun rintik-rintik membasahi bumi Kuala Lumpur . Sepasang burung gagak hinggap di atas bangunan Central Market dengan basah kuyup. Kedua-dua gagak tersebut membisu tidak berkata apa-apa, mungkin kesejukkan . Salah seekor gagak mengangguk kepala kepada pasanganya dan kedua-dua gagak tersebut terbang meninggalkan bangunan Cental Market .

” Mat Hujan dah nak berhenti , jomlah kita pergi bazar masjid jamek, Mat kata nak beli kopiah “ Kata Najwa pada aku .

“ Tadi Najwa kata nak beli buah tangan untuk mak dan abah kat The Mall ” Kata aku pada Najwa . Seingat aku Najwa memberitahu aku tadi dia ingin membeli buah tangan untuk kedua ibu bapanya.

“ Tak apa lah , nanti Najwa cari buah tangan kat mak dan abah kat sana juga , Najwa nak beli kat mak tudung ajer dan kat abah baju kemeja . Lagipun kat Bazaar masjid jamek tu pun banyak juga baju dan kain tudung yang cantik” Balas Najwa

Kekadang aku fikir ,aku ni umpama pemain simpanan sahaja dalam hidup Najwa .Tadi kalau Hamzah tidak sakit perut tentu Najwa lama dating dan berjalan-jalan dengan Hamzah.. Tergelak aku aku mendengar Najwa bercerita Hamzah sakit perut sebab tu muka dia merah .Aku mati-mati ingat dia marah dan mahu bergaduh dengan aku tadi. Rupanya tersilap makan . Apapun hari ni memang sudah ketentuan aku bertemu dan dating dengan Najwa lebih lama .

“ Mat cepatlah jalan sikit nanti basah “ Kata Najwa dengan berjalan dengan laju macam, pelumba jalan kali sambil diletakkan beg tanganya di atas kepala kononnya untuk untuk menggantikan payung .

“ Eh awak ni , jangan lah laju sangat , hujan bukan lebat sangat pun nanti awak lari laju-laju jatuh saya suka yang susah “ Kata aku kepada Najwa. Risau juga aku kalau Najwa jatuh .

“ Tak apalah kalau saya jatuh , awak kan ada” Kata Najwa pada aku sambil tersenyum dan aku membalas senyuman Najwa dengan senyuman ringkas . Aku dan Najwa berjalan menuju sebuah kedai pakaian berhampiran dengan bazar masjid jamek .

“ Awak , cantik tak tudung ni , Najwa nak beli kat mak nanti “ Kata Najwa pada aku sambil menunjukkan sehelai tudung bewarna pink .

“ Cantik juga tapi Mat rasa kalau warna pink ni tidak berapa sesuai dengan orang yang berumur” Balas aku .

“ Betul juga kata Mat , warna apa Mat rasa sesuai “ Tanya Najwa pada kau .
“Eh ada ke patut tanya kita , kan mak awak “ Jawab aku sambil bergurau dengan Najwa .
“ Awak ni , nanti Najwa cakap kat mak tudung ni Mat yang pilihkan , Mat juga merasa bangga” Kata Najwa.

“ Ok lah , pada pendapat Mat , Najwa beli sahaja warna putih , lagipun kalau warna putih semua corak dan warna boleh masuk , mesti mak Najwa no komen punya “ Aku memberi pendapat yang agak bernas tapi simple .

‘ Ok lah, Najwa ambil tudung putih ni “ Kata Najwa , sambil meninjukkan tudung yang dekat dengan aku . Aku hanya mengangkat ibu jari tanda isyarat pilihan yang dibuat ni ok dan tepat .

“ Susah juga nak beli tudung ni ya “ Kata aku pada Najwa .
“ Bukan apa Mat , nak membeli tu senang sahaja , hanya bagi duit tetapi untuk memilih yang susah “Kata Najwa pada aku .

Aku memang setuju dengan apa Najwa kata . Hendak membeli memang senang hanya bagi duit sahaja tetapi yang susah hendak memilih supaya pilihan yang kita buat sesuai dengan jiwa kita .

“ Ala nak memilih barang yang murah dan cantik sahaja yang susah , cuba Najwa pergi tempat barang yang mahal semua cantik dan ok , pilih mana-mana mesti tak menyesal sebab semua ok dan cantik .Kualiti jangan ceritalah ‘ Balas aku pada Najwa pula .Tetiba pula pilihan menjadi topik perbualan .

“ Mat , pendapat Mat tu salah tau , baju yang cantik tidak semestinya padan dan sedap dipakai walaupun ianya mahal” Jawab Najwa sambil tersenyum kerana berjaya mematahkan hujah aku .

Najwa mencuba sehelai tudung bewarna ungu . Di belit tudung tersebut ke kepalanya . Susah juga hendak membelit . tudung ni . Fikir aku .

“ Mat , kalau Najwa beli tudung ni cantik tak ? Tanya Najwa pada aku . Ada ke patut tanya soalan macam tu . Apa-apa warna ungu memang aku suka .

“ Eh awak ,memang cantiklah kan tudung tu warna ungu sesuai dengan warna rasmi saya “ Jawab aku ringkas .
“ Nanti gaji bulan depan Najwa nak beli tudung ni “ Kata Najwa .
“Awak ambillah nanti saya bayarkan , kan tadi saya kata nak beli hadih kat Najwa “ Balas aku pula .
“ Eh , tak payah lah Mat , nanti Mat beli hadiah bila harijadi Najwa” Balas Najwa pada aku . Bagi aku tak ada masalah dia tak nak beli tudung tu . Kalau dia beli tadi duit aku juga yang melayang. Najwa berjalan ke kedai bersebelahan dengan kedai tudung tadi .

‘ Mat , Najwa nak pergi kedai depan tu nak beli baju kat abah , Mat nak ikut ker ? “ Tanya Najwa pada aku .

‘ Eh tak pa lah Mat nak cari kupiah sekejap “Balas aku pada Najwa .

Aku membiarkan Najwa keseorangan membeli baju untuk ayahandanya yang tercinta. Aku membeli tiga kupiah baru . Dua untuk aku dan satu lagi utuk sahabat aku yang tercinta Ramli . Bukan apa , aku lihat kupiah Ram tu nampak buruk sangat . Kupiah aku pun sama juga sebenarnya. Warna putih pun dah hampir bertukar kelabu . Kalau mak aku ada tentu dia bebel sebab pakai kupiah yang macam tu . Dahlah benda tu kat atas kepala senang orang nampak . Kalau kupiah yang agak kotor dipakai di kepala nampak sangat pengotor orang tu .Betul juga pendapat mak aku tu .Tentu Ram gembira kupiah biru aku beli kat dia .Budak Ram ni memang gila warna biru. Semua benda kalau boleh nak merah. Pakaian jangan ceritalah . Yang luar dan dalam banyak yang biru .

“ Biru ni lambang ketenangan Mat , aku rasa lebih yakin setiap kali pakai baju warna biru dan jiwa pun akan rasa senang’
Kata Ram pada satu ketika aku bertanya pada dia kenapa biru menjadi idamannya .

Lama juga Najwa memilih baju untuk ayahnya. Perempuan, memang suka sangat kalau shoping . Setakat sejam tu baru permulaan . Kalau boleh semua pasaraya kat Kuala Lumpur nak pusing sebab nak beli baju sehelai . Maklumlah mahu membuat pilihan yang terbaik .Tapi terlalu memilih bahaya juga . Tersilap pilih badan binasa. Selepas Najwa selesai membeli buah tangan untuk mak dan abahnya . sekali lagi aku dan Najwa makan sebelum Najwa bertolak ke kampung halamannya yang tercinta . Aku menghantar Najwa hingga ke atas bas.

“Mat , bas nak bertolak ni , Mat tak nak kirim apa-apa , nanti boleh Najwa tolong belikan “ Kata Najwa pada aku . Terharu pula aku bila menghantar Najwa. Solah-olah aku ingin menghantar Najwa ke tempat yang jauh dan tidak kembali lagi .

“ Tak ada apa . Cuma pesan Mat , Najwa jaga diri baik-baik dan belikan Mat dodol “ Kata aku ringkas . Mahu sahaja aku katakan yang aku sayang pada dia kalau jadi apa-apa kat dia confirm jiwa aku turut merana . Tapi siapalah aku pada Najwa untuk meluahkan perkataan seromantik itu .

“ Ok Mat , janganlah risau , Najwa bukan nak pergi oversea pun , Najwa nak balik kampung , nanti Najwa belikan Mat Dodol kegemaran Mat tu “ Kata Najwa pada aku

“ Najwa , ni hadiah daripada Mat sempena hari lahir Najwa tahun lepas dan tahun ni “ Kata aku pada Najwa sambil memberi sehelai tudung yang bewarna ungu .
“ Eh ni tudung yang Najwa pilih tadi kan , apapun terima kasih banyak Najwa ucapkan pada Mat “ Balas Najwa balik pada aku beserta dengan senyuman manisnya ..

“ Maaflah , hadiah tu Mat tak balut harap Najwa memahami keadaan Mat ni “ Kata aku sambil bergurau dengan Najwa. Najwa hanya membalas senyum sahaja.

Aku turun dari bas . Najwa melambaikan tangan pada aku melalui tingkap cermin bas . Aku turut melambaikan tangan pada Najwa dengan penuh perasaan terharu. Senyuman Najwa terus melekat pada aku . Walaupun bas semakin jauh meninggalkan aku namun wajah Najwa terpotret indah dihatiku …Selamat tinggal sayang .Ucap aku secara tiba-tiba tanpa aku sedari .Kalau Najwa dengar tentu dia kata aku emosional pula . Sayang ,,,siapalah aku untuk menyayangimu Najwa.

Sesampai aku kat rumah . Tiba-tiba aku rumah aku seperti ada oaring di dalam .Lampu pun kelihatan menyala. Ram cakap dengan aku dia nak balik 2 hari lagi . Eh siapa yang masuk rumah aku tu . perompak , pencuri ,,,,,oh tidak..Aku hanya melihat dari jauh ……..

Ikuti episode seterusnya ,,siapakah tetamu yang tidak diundang masuk ke rumah Mat ,,,
Nota penulis: Terima kasih kepada semua pembaca. Pada episode kali ini banyak unsure pilihan menjadi topic . Saya harao serba sedikit dapat menjadi pedoman dalam hidup kita seharian .. wassalam …..

Saturday, December 02, 2006

Episod Dua Puluh


Episod Dua Puluh
Penulis: Fansuri


Hamzah tidak menghampiri aku , langkahnya berhenti 200 meter daripada aku. Aku menarik lafaz lega. Risau juga kalau berlaku pergaduhan di antara aku dengan Hamzah . Hamzah memberi isyarat kepada Najwa supaya datang dekat kepadanya . Mungkin ada sesuatu perkara rahsia yang hendak di perkatakan. Najwa terus pergi dekat dengan Hamzah . Rasa cemburu juga aku melihat Hamzah bercakap-cakap dengan Najwa. Aku , tanpa menghiraukan Najwa terus mengundurkan diri jauh daripada Hamzah dengan Najwa. Biarlah Hamzah dengan Najwa. Mungkin mereka ada jodoh. Lagipun apabila aku nampak Hamzah dengan Najwa mereka macam serasi bagai pinang di belah dua.. Tapi kalau dengan aku pun bagai pinang di belah dua juga sebenarnya. Malas aku nak fikir sangat apa yang mereka bualkan . Lagi dekat aku dengan mereka berdua lagi rasa cemburu dan jiwa terseksa Rasa dahaga pula .Aku singgah di kedai mamak yang berdekatan dengan Central Market .

‘ Bagi saya teh o nipis satu , makan nanti saya fikir dulu “ Aku membuat pesanan. Nak makan rasa kenyang lagi . Sambil menunggu air teh o nipis aku siap , terfikir pula kemana Najwa dan Hamzah pergi .Mungkin mereka sekarang sedang mabuk bercinta. Geram aku nak Tanya Najwa , apa hubungan sebenar di antara dia dengan Hamzah . Tapi siapa aku di sisi Najwa untuk aku bertanya soalan seperibadi itu. Lagi di fikir lagi kusut dan tak ada jawapan yang pasti .Semua dalam berbentuk andaian . Teh o nipis dah siap. Baik aku minum teh o nipis daripada duduk termenung panjang memikirkan hal yang tiada kesudahannya. Rasa cerah mata sedikit apabila kena teh o nipis waktu petang seperti ini .Lagi best kalau hari hujan , minum teh o panas . Hari pun nampak tidak berapa cerah . Tidak mustahil kalau hujan turun mencurah rahmatNya. Bau kari kepala ikan mamak ni sungguh hebat sekali menusuk hidung aku. Aku memang tergolong orang tidak suka makan kari masakan mamak . Entahlah mungkin tidak sesuai dengan jiwa. Orang kata kari mamak best sebab mamak tak pernah basuh periuk . Sekali fikir macam logic juga . Dah kedai buka 24 jam siang dan malam , masa bila nak basuh periuk . Apapun orang nak kata yang penting kari mamak dah ada peminatnya yang tersendiri . Bunyi burung gagak yang berterbangan kedengaran . Mungkin hujan mahu turun .Aku rasa Kuala Lumpur ini tidak boleh dianggap bandar yang cukup bersih selagi menjadi tempat penginapan gagak yang selalu mendapat makanan dari sampah-sampah dan sisa. Kehadiran gagak yang berkongsi kesibukkan kota ini , bagi aku satu lambang sesuatu tempat itu belum cukup bersih lagi . Jauh pula fikiran aku memikirkan gagak dan perbandingan dengan Kuala Lumpur . Bukan apa , lebih baik aku fikir gagak daripada lamunan fikiran aku memikirkan Najwa dan Hamzah yang sedang berdating . Kenapalah aku perlu ingat Najwa sangat . Banyak lagi awek-awek yang cun melecun , kiut miut yang lain Memang perasaan adalah sesuatu yang unit dan susah hendak difahami dan ditafsir .Nak faham perasaan sendiri pun susah apatah lagi cuba nak memahami perasaan orang lain .

“ Mat kat mana ni “ Eh tetiba pula budak Najwa mesej (SMS) aku . Ala nak pujuk aku lah tu ingat aku merajuk sebab menghilangkan diri daripada dia dengan Hamzah tanpa khabar berita. Buat apa dia nak tanya aku kat mana? Tak seronok ke keluar dengan orang yang tersayang macam Hamzah yang serba lengkap, zahir batin , rohani jasmani. Mungkin dia saja takut aku terasa hati sebab dia tinggalkan aku tadi . Nak terasa hati pun aku was-was lagi .Mungkin tak ada sebab yang kukuh untuk aku terasa hati .Bak kata orang hero tak boleh sensitif sangat perasaan . Elakkan cepat terasa hati dan terlalu emosional . Hero mesti koooool.

‘ Selamat berdating . Semoga bahagia ‘ Aku balas mesej Najwa dengan ringkas .
Berbaur emosional sedikit mesej yang aku hantar tadi . Tetapi mungkin tersimpan maksud yang jujur terpendam .

‘ Mat kat mana ni . Najwa nak dating dengan Mat ni “ Najwa balas mesej aku .
Apa cerita Najwa ni . Takkan sekejap sahaja dia berjumpa dengan Hamzah . Biasanya orang bercinta waktu berjalan begitu pantas . Sehari berdating bagai sejam baru . Sehari tidak berjumpa bagai setahun 7 hari .
‘ Mat , kat kedai Mamak dekat dengan Central Market “ Aku balas mesej Najwa .
‘ Ok tunggu Najwa kat kedai mamak tu ‘ Najwa membalas mesej aku .
Pelik betul perangai budak ni .Cepat betul berubah cintanya .Ala dia dah nak jumpa aku buat apa nak menolak pulak , pucuk dicita ulam mendatang .
Najwa muncul depan aku dengan senyumannya yang selalu membuat aku berdebar dan boleh buat aku cair macam lilin yang terbakar .
“ Najwa mak minum atau makan ker ? Tanya aku pada Najwa memulakan perbicaraan .Rasa macam pelik pula berjumpa orang yang sama dua kali dalam sehari .
‘ Najwa tak nak makan , rasa dah kenyang tadi ,nanti kita makan kejab lagi okey “ Kata Najwa pada aku .

“ Eh , mana sahabat baik Najwa yang bernama Hamzah tu?” Tanya aku pada Najwa .Aku rasa mungkin berlaku perselisihan faham di antara Hamzah dengan Najwa . Kalau tidak …Takkan mereka dating sekejab sahaja. Najwa menunduk ke bawah melihat lantai. Soalah memendam perasaan bersalah .

“Eh , soalan Mat tanya tadi mengganggu fikiran Najwa ke , kalau macam tu Mat minta maaflah “ Kata aku pada Najwa lagi .
Banyak kebarangkali yang bermain difikiran aku . Mungkin pertemuan Najwa dengan Hamzah tadi adalah pertemuan yang terakhir ataupun dengan bahasa senang mereka sudah clash … Najwa merenung jauh …..Aku cuba mendiamkan diri seketika untuk memberi ruang kepada Najwa memulakan bicaranya…….

Ikutilah episod seterusnya .Adakah berlaku pergaduhan besar diantara Hamzah dengan Najwa sehingga meeka hanya bertemu seketika Cuma tidak seperti pasangan yang berpancaran …..


Nota Penulis : Seperti biasa terima kasih kerana sudi mengikuti episode-episod kisah Mat Dan Najwa ..Sebarang komen dan pandangan amat saya alukan dan anda boleh email kepada saya mahazan@fansuri.com / smahazan@mkinetik.com
Blog karya penulis http://pengembara.fansuri.com/ sedikit bingkisan karya

Tuesday, November 21, 2006

Episod Sembilan Belas

Episod Sembilan Belas
Penulis: Fansuri



“Bas Najwa pukul berapa malam ni? Tanya aku pada Najwa. Setahu aku biasanya bas untuk balik ke Kelantan tak ada waktu petang , yang ada hanya waktu pagi dan malam sahaja.

“Bas Najwa pukul 9 malam ni , lambat lagi ‘ Jelas Najwa pada aku
“Lambat lagi lah kalau begitu , lepas ni Najwa nak pergi kemana ni sambil tunggu bas ni”
“Entah , tadi kawan Najwa kata nak pergi The Mall nak teman Najwa pergi beli hadiah untuk mak dan abah Najwa , tapi sampai sekarang pun dia tak mesej Najwa.” Kata Najwa pada aku .
“ Oh begitu, mungkin dia ada masalah kot “ Kata aku ringkas.
“ Mat ada nak pergi mana-mana ke lepas ni ?” Tanya Najwa pada aku
‘ Eh tak adalah , lepas ni Mat rasa nak pergi cari kopiah kat bazar Masjid Jamek lepas tu terus nak dinner kat area situ”Kata aku pada Najwa.
“Seronok juga jalan-jalan kat situ ,kalau Najwa tak janji dengan kawan Najwa confirm Najwa follow Mat jalan-jalan kat masjid Jamek tu “ Jelas Najwa pada aku .
Aku hanya diam sahaja dan tersenyum. Entah kawan mana Najwa nak junpa. Aku ingat lepas makan boleh pergi jalan-jalan dengan Najwa kat masjid Jamek dan makan dengan dia naik bas malan ni .

“ Sebelum Najwa terlupa , ni bayaran untuk design poster Mat . Bos Najwa sangat berpuas hati dengan design Mat buat. Kombinasi warna yang Mat buat pun tepat dan sesuai dengan imej koperat syarikat tempat Najwa. “ Kata Najwa sambil meghulurkan sampul surat yang berisi wang pembayaran .

‘Terima kasih daun keladi , kalau ada projek lagi jngan lupa bagi kat Mat lagi , kalau Najwa tak janji nak pergi The Mall dengan kawan Najwa , Mat nak belikan hadiah untuk Najwa ‘ Kata aku ada Najwa .

“ Eh , hadiah apa pulak Mat ni , hari lahir Najwa lambat lagi , bulan enam nanti Mat bagilah hadiah kat Najwa okey “ Balas Najwa pada aku .
‘ Ala , nak bagi hadiah tu tak semestinya tunggu hari lahir, , bila-bila pun boleh , lagipun Mat tak pernah pun beli hadiah hari lahir kat Najwa semenjak kita berpisah ‘ Kata aku pada Najwa. Entah sesuai atau tidak perkataan berpisah aku ucapkan tadi . Nampak poyo pun ada guna ayat tu .

‘ Oklah , Orang nak bagi buat apa Najwa nak menolak pula , tapi lain kali k , tu lah Mat tak cakap awal-awal nak bagi hadiah , kalau tidak Najwa tak janji pula nak berjumpa dengan kawan Najwa.
‘ Ok lah Mat faham , tak baik lupa janji bak kata orang , lembu dipegang pada tali , manusia dipegang pada janji “ Kata aku pada Najwa .

‘ Salah pribahasa Mat tu “ Kata Najwa pada aku .
‘Eh salah ke , Mat rasa dah betul ,yang betulnya macam mana ? “ Tanya aku pada Najwa .

“ Manusia dipegang pada tangan , Betul tak Mat “ Tanya Najwa pada aku dalam nada yang bergurau . Pandai juga budak Najwa ni bergurau , yang ni buat aku lagi berkenan . Tapi hati manusia……..

Selepas aku minum dengan Najwa, aku dan Najwa solat Asar di surau Central Market.
“Nanti lepas solat , Mat tunggu Mat kat sini k “ Pesan ku pada Najwa . Surau perempun dan lelaki asing . Biasanya kalau kat surau perempuan kena ikut giliran sembahyang kalau telekung sembahyang tak cukup .

Hampir 10 minit aku tungu Najwa lepas sembahyang . Mungkin telekung sembahyang tak cukup membuatkan Najwa terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan solat . Teringat pula kad kahwin yang Najwa tunjukkan tadi . Memang aku tak sangka dan tak dapat menduga Azila kawan sekelas aku semasa tingkatan lima dulu nak kahwin. Najwa pun satu buat aku suspen sahaja menunjukkan kad kahwin tadi siap terketar-ketar tangan lagi dan muka yang dibuat-buat serius. Entahlah , sempat juga aku berdebar tadi , manalah tahu dia nak kahwin betul . Kalau ikutkan umur tu dah memang sesuai macam kawan sekelas aku dahulu Azila. Kalau orang lain memang senang aku nak percaya tapi ini Azila . Maklumlah budak ni semasa zaman persekolahan dulu perangai dia tom boy sikit yang tu aku tidak percaya yang dia dah nak kahwin . Mengikut cerita Najwa pada aku ,sekarang Azila sekarang sudah menjadi seorang gadis kembali dengan kesopan dan gaya ayu seorang gadis remaja. Kalau kat kampung dulu seingat aku memang susah nak tengok Azila pakai baju kurung, asyik duk pakai seluar, nasib baik kat sekoloh pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian seragam lelaki , kalau tidak , mungkin Azila dah pakai pakaian seragam lelaki . Azila semasa zaman sekolah dahulu terlibat aktif dalam badan beruniform kadet polis dan dia merupakan penolong pengerusi kadet polis sekolah aku dahulu . Sempat juga mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingann kawat peringkat daerah dan pernah mewakili peringkat negeri tetapi kalah .
Selepas habis zaman persekolah tingkatan lima , aku dengan Azila tidak ketemu lagi dan tidak tahu perkembangan ceritanya . Mengikut cerita Najwa semasa aku makan bersamanya sebentar tadi , selepas habis tingkatan lima , Azila menyambung belajar di Universiti Kebangsaan dalam bidang Sains Politik dan selepas itu dia bekerja sebagai pembantu pegawai tadbir di Putrajaya. Entah bagaimana , dia terjatuh cinta dengan seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang bernama Zainal sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berkahwin 2 hari lagi . Mengikut cerita Najwa lagi , Azila berubah menjadi gadis sejati pun disebabkan cinta suci yang bersalut murni kepada Zainal . Aku percaya , bak kata orang cinta merupakan motivasi yang hebat untuk manusia berubah . Kalau dah tahap klilmak bercinta setakat lautan api tu pejam mata sahaja direnang .

Geram aku nak Tanya Najwa tentang perhubungan dia dengan Cikgu Iskandar . Adakah betul tali pertunangan Najwa dengan Cikigu Iskandar hanya separuh jalan sahaja. Entahlah segan dan malas pula aku nak bertanya nanti dikatan busybody pula. Jodoh memang kita mampu merancang tapi Maha Kuasa yang menentukan segalanya . Kalau dah jodoh asam didarat garam dilauk didalam periuk bertemu jua.

‘ Maaflah Mat , sebab terpaksa menunggu Najwa solat lama sikit” Kata Najwa.
‘ Tak pe Mat faham “ Jawab aku ringkas
‘ Eh apa yang Mat faham ini “
“Mat fahamlah , perempuan katakan , lepas solat , mana nak pakai tudung lagi , pakai make up lagi dan banyak lagi “ Kata aku pada Najwa dengan nada bergurau .
“ Mana ada macam tu ,tadi telekung sembahyang tak cukup sebab tu yang lambat sikit ‘ Balas Najwa

‘” Mat kawan Najwa dah sampai , dia tunggu Najwa kat bawah depan KfC” Kata Najwa pada aku . Kacau daun betul kawan Najwa ni . Kalau nak jumpapun jumpalah hari lain .
‘ Oklah macam tu , Mat rasa kita berpisah setakat ni sahajalah ‘ Kata aku pada Najwa
“Eh Mat , janganlah cakap macam tu .Najwa tak sanggup berpisah dengan Mat ‘ Balas Najwa dengan selamba gurauan aku tadi ,Walaupun hanya gurauan namun sudah cukup buat aku bahagia sementara. Aku pun mengahantar Najwa kat bawah .

‘ Tu dia , Hamzah kawan Najwa dah sampai “ Najwa menunjuk kea rah Hamzah memang seorang insan yang aku kenal . Tidak sangka pula aku , kawan yang dimaksudkan oleh Najwa itu adalah Hamzah . Bahagia yang sementara aku tadi terus hilang . Hamzah menghampiri aku dengan Najwa . Eh kenapa pula wajah Hamzah macam tidak tenang dan tidak puas hati . Adakah dia cemburu melihat aku keluar dengan Najwa . Tapi apa salah aku , Najwa pun bukan awek Hamzah . Hamzah semakin hampir dengan aku dan mukanya kemerahan umpama menahan marah . Oh tidak adakah hari ini akan berlaku pertegkaran di antara Hamzah dengan aku . Aku cuba menenangkan jiwa aku . Aku pun lelaki dan dia lelaki , saiz tubuh pun sama . Buat apa aku nak takut . Hamzah semakin hampir dan mukanya semakin merah umpama perasaan marah yang membara ….

Bersambung ………..

Ikutilah episode seterusnya . Adakah akan berlaku pergaduhan di antara Hamzah dengan Mat …

Note : Terima kasih kepada anda semau yang terus menyokong Aku dan Najwa . Untuk renungan bersama.Hantarlah email kepada saya untuk sebarang komen. Pandangan anda amat saya hargai .

“Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”

Saturday, November 11, 2006

Episod Lapan Belas



Episod Lapan belas Belas
Penulis: Fansuri


Dunia ni penuh dengan kepelikan dan perkara yang kita tak pernah duga . Nak percaya pun susah tak nak percaya pun susah . Tetapi macam tak percaya pula sahabat aku Ram buat keputusan dan mula berfikir untuk bertunang .Paling aku tak sangka dia nak bertunang dengan Najwa. Seingat aku baru tiga bulan dia kenal dengan Najwa. Boleh dikatakan Najwa awek dia yang terbaru. Nama pun sama dengan Najwa yang aku suka. Mungkin dia terpengaruh dengan aku sehingga mencari awek pun sama dengan nama budak yang aku suka itu . Najwa yang Ram sahabat aku suka ni seorang bakal doktor. Boleh tahan jugalah budak Najwa ni . Senyuman pun manis dan ayu . Kalau tengok kat muka Najwa ni memang sesuai dengan dengan bakal gelaran doktor. Belum jadi doktor pun dah ada muka doktor. Bukan macam muka Ram dengan aku jauh sekali muka doktor . Tetapi Ram kata muka aku ada muka cikgu. Entahlah bahagian mana muka cikgu tu kat muka aku . Teringat pula aku kat Najwa, dulu pernah dia cerita kat aku cita-citanya nak jadi doktor tetapi sampai sekarang belum tercapai. Sunyi pula bila keseorangan kat rumah. Kalau Ram ada boleh juga aku luahkan masalah aku pada Ram . Kalau Ram tahu Najwa yang aku suka ni belum menjadi tunang orang tentu panjang ulasanya. Tetapi dia pun ada masalah dan dalam persimpangan dengan Najwanya. Malas pula aku nak ganggu dia dalam keadaan begini . Tadi aku dah dapat mesej dari Ram yang dia dah sampai kat rumah dengan selamat . Sempat lagi dia pesan kat aku pakaiannya yang dalam mesin basuh tolong jemur dan lipat sekali. Boleh pula dia lupa nak jemur baju. Apapun keadaan Ram aku mendoakanya semoga dia bahagia dan mampu membuat pilihan yang tepat dalam hidupnya.



‘Hai Mat , Mat sedang buat apa tu, lama tak dengar khabar Mat , Najwa nak jumpa Mat”

Najwa menghantar mesej kat aku. Aku dah agak Najwa nak jumpa aku. Kalau boleh aku memang tak nak jumpa Najwa. Bukan apa , setiap kali aku berjumpa dengan Najwa susah nak lena tidur, asiyk ingat kat Najwa. Kalau Najwa tu awek aku atau dia suka kat aku kira berbaloi aku tak lena kerana duk asyik ingat kat dia. Memanglah dia dah tak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar. Tapi bak kata orang cinta pertama memang susah nak dilupakan terutamanya bagi perempuan , suka sangat mengagungkan cinta pertama. Lagipun apabila memikirkan perhubungan Najwa dengan Hamzah membuat aku rasa putus asa. Secara teorinya apabila orang yang kita cinta tidak dijodohkan dengan kita , kesenangan hidup akan menjadi keutamaan untuk mencari pasanga hidup. Malas aku nak bersaing dengan Hamzah , kalau betul Najwa dah mula menyukai Hamzah . Biarlah cintanya terpahat suci pada Hamzah jejaka yang bakal menjadi teman hidupnya. Tetiba telefon bimbit aku berbunyi . Jauh pula aku mengelamun tadi .Ala awek macam Najwa tu bukanlah cantik sangat . Banyak lagi bunga-bunga indah yang lain . Bisik hati aku untuk menenangkan perasaan rindu yang tak berpijak ke bumi. Maklumlah rindu orang bertepuk sebelah tangan , rindu memang tak berpijak ke bumi nyata.

“ Hello Mat , Najwa ni , lama tau kita tunggu awak balas mesej kita tadi “
Lama juga aku mengelamun tadi . Sampai lupa nak balas mesej Najwa.

“ Sorilah awak , saya tengah solat tadi, Najwa nak jumpa Mat kat mana esok “
“ Najwa dah agak ni mesti Mat solat , Najwa tak kisah Mat nak jumpa Najwa kat mana” Balas Najwa.

“ Eh awak ni , awak yang nak jumpa kita , awak cakaplah kat mana’ Jawab aku balik .
“Ok lah kita jumpa tempat biasa central market “
“ Emm elok juga ,dah lama Mat tak pergi ke sana “
‘ Najwa tahu Mat suka pergi sana , yang tu Najwa nak jumpa Mat kat sana “. Balas Najwa balik . Lama juga Najwa call aku hampir 20 minit. Sebenarnya dia nak jumpa aku sebab bak bagi duit upah design poster yang aku buat tempoh hari . Aku dah suruh dia bank in sahaja tapi dia pula ngada-ngada nak jumpa aku. Kalau dah heroin nak ajak berjumpa takkan hero nak menolak pula . Takut nanti kena label jual mahal . Hampir sebulan juga aku tak contact Najwa . Entahlah harapan untuk menjadikan Najwa awek aku secara rasmi semakin pudar. Dunia sekarang duit menjadi persoalan utama.. Memanglah cinta penting untuk suatu perhubungan tetapi tidak ada sesiapa dapat menafikan duit mampu memberi kebahagian . Harapan aku bertambah pudar bila Ram memberi tahu aku dia sering ternampak Najwa keluar dengan Hamzah.. Secara luarnya aku nampak Hamzah memang anak orang kaya. Tempat Najwa bekerja pun milik ayah Hamzah . Anak bos siapa tak berkenan. Tetapi bila dengar suara Najwa tadi semangat dan rindu aku semakin dalam dan membuat aku tidak sabar untuk berjumpa dengan Najwa esok..

Lama aku tak pergi CM (Central Market) . Dulu biasanya selepas kerja aku singgah kat cm lepak sambil mendengar pemuzik jalanan menyanyikan lagu. Boleh dikatakan setiap hari aku singgah kat cm sampai pemuzik jalanan pun dah kenal aku. Ada diantara mereka yang menjadikan pemuzik jalanan sebagai pekerjaan harian dan ada juga yang hanya sebagai part time sahaja .Gaya selamba dengan sebuah gitar dan lagu-lagu yang beertemakan kehidupan cukup untuk menghiburkan penonton. Selepas menyanyi 7 atau 8 lagu mereka akan meminta sumbangan ikhlas daripada penonton . Kekadang terutama hari minggu aku lihat banyak juga pendapatan yang mereka dapat daripada sumbangan penonton. Sambil mendengar pemuzik jalanan menyayikan lagu aku memerhatikan gelagat orang sekeliling . Lebih kurang 3 meter daripada aku sepasang kekasih sedang lepak dan membaca surat khabar . Nampak bahagia sungguh mereka berdua. Mungkin mereka masih pelajar lagi. Alangkanh indahnya kalau aku dan Najwa dapat lepak sebegini. Lepak sambil membaca suratkhabar dan mendengar pemuzik jalanan menyanyikan lagu kehidupan.

“ Assalamualaikum warga kota, kami harap anda semua ceria dan bahagia semua. Lupakan masalah dunia sekejap dan luagkan masa untuk kita menghiburkan diri kita semua.’ Kata seorang pemuzik jalanan setelah selesai menyanyi sambil menghulurkan topinya kepada penonton sekeliling untuk menerima sumbangan ikhlsa,

“Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda dan terimalah lagu seterusnya yang bertajuk “Berita untuk kawan dari penyair nusantara Ebiet “
Semua penonton sekeliling bertepuk tangan apabila tajuk lagu itu disebut. Lagu tersebut seoalah-olah lagu wajib yang akan dinyayikan dan mungkin lagu yang sedap didengar.
“ Mana Najwa ni lambat pula , hampir setengah jam aku tunggu” Bisik hati aku .

Najwa janji dengan aku nak jumpa pukul 4.30 petang. Sekarang dah hampir pukul 5. Biasanya Najwa tak lambat bila berjanji . Aku dah cuba call dia tapi tak dapat. Entah apa yang terjadi kat dia pun tak tahu . Kalau aku tunggu orang lain ni confim aku dah balik nasib baik Najwa. Insan tersayang dalam hidup aku . Tetiba dari jauh aku lihat Najwa membawa beg pakaian yang besar macam orang nak balik kampung.

“ Maaf Mat , Najwa lambat sebab semasa dalam perjalanan tadi ada kemalangan , jalan jem sikit” Najwa menjelaskan kepada aku sebab musabab dia lewat . Aku hanya dia diam mengangguk sahaja .

‘Mat marah Najwa ke sebab lama menunggu ni ‘ Nawja macam tidak puas hati kerana aku hanya mengangguk dan senyum sahaja apabila dia menerangkan kelewatanya pada aku .

‘ Eh mana ada , Mat tak marah pun kat Najwa , lagipun bukan lama sangat setengah jam sahaja tungu Najwa ‘ Jawab aku pada Najwa.

‘Betul ke tak marah ni . Tak pe lah nanti Najwa belanja Mat minum petang k”
‘ Betul tak marah , kalau Najwa punya fasal Mat sanggup tunggu 2 jam “ Jawab aku sambil bergurau. Aku ambil beg pakaian Najwa. Tak macho pula hero membiarkan heroin bawa beg sedangkan hero tangan kosong sahaja.

“ Mat tunggu Najwa sambil denagr pemuzik jalanan menyanyi , jadi tak lah rasa boaring sangat. Tapi sebenarnya kalau sepuluh jam pun Mat sanggup tunggu Najwa asalkan Najwa sudi jumpa Mat “ Najwa hanya tersenyum mendengar ucapan aku.

“Hari tu Mat kata ada seorang kawan Mat yang menjadi pemuzik jalanan, ada lagi ke sekarang atau dah pencen “

“ Ooo si Hatif tu ,kawan sekolej Mat dahulu masa belajar, dia memang pandai main gitar dan suara pun boleh tahan juga. Hari tu dia cerita kat Mat dia nak masuk dalam pertangdingan Akademik Fantasia tetapi mak dia tak bagi. Mat rasa dia memang ada bakat jadi penyayi . Emm tapi sekarang dia dah sambung belajar dalam bidang sains komputer“ kata aku pada Najwa.

‘ Kasihan pula si Hatif kawan Mat tu , cita-citanya tidak mendapat restu daripada ibu bapa, tapi Mat orang kata , kalau kita buat sesuatu tidak mendapat restu daripada orang tua tidak berkat dan confirm lambat jadi kaya kan ? Najwa bertanya soalan tu pada aku . Soalan senang macam tu opun dia tanya pada aku . Jadi terpaksalah aku jawab dengan lebih berilmu sedikit.

“Tidak semestinya juga, ramai penyayi yang tidak mendapat restu daripada ibu bapa yang berjaya kumpul harta. Tetapi Najwa mesti ingat walupun secara zahirnya nampak hidup mewah tetapi tidak semestinya jiwanya tenang . Duit banyak kalau jiwa tak tenang buat apa . Betul tak Najwa? Aku bertanya balik pada Najwa.

“Emm tepat sekali apa yag cikgu kata . Yang ni Najwa suka tanya cikgu Haikal ni sebab selalu mendapat jawapan yang bernas”

Berjalan dengan Najwa di lorong Central Market memang rasa seronok pula. Aku dengan Najwa seolah-olah sepasang kekasih yang mana hero akan menghantar aweknya balik ke kampung halaman . maklumlah aku bawa beg besar Najwa.

“ Nawja nak minum apa?” tanya aku pada Najwa.
“ Bagi Najwa jus oren Mat nak minum apa pulak ?
“ Mat nak minum air teh o nipis . Lupa Mat nak tanya, Najwa nak pergi mana ni dengan beg besar ni macam orang nak balik kampung je”

“Najwa nak balik kampung ada urusan penting sikit” Jawab Najwa pada aku .
“ Boleh Mat tahu urusan apa ni , kalau ikutkan beg dan jumlah baju dalam beg tu macam nak duk kampung lama aje” Nampak macam busy body pula bila aku tanya lebih-lebih sebab musabab kepulangan Najwa ke kampung .

“ Bukan Najwa tak nak cerita kat Mat , tetapi Najwa takut Mat cemburu dan sakit hati kat Najwa” Najwa menjawab soalan aku tadi dengan penuh suspen

“ Apa , cakap ajerlah dik oi , abang sedia disakitkan hati “
Nawja mencari sesuatu di dalam beg tanganya dan mengeluarkan sekeping kad . Kelihatan seperti kad jemputan perkahwinan . Najwa menghulurkan kad itu pada aku . Tangan Najwa terketar-ketar semasa memberi kad tersebut . Aku membaca kad tersebut beberapa kali seprti tidak percaya apa kandungan yang terdapat dalam kad tersebut .

“ Najwa nak balik balik kampung nak kawin ke?’ Tanya aku pada Najwa .
Najwa haya menganguk dan mukanya menunduk ke bawah ..

Bersambung man …
Jangan lupa ikutilah episode seterusnya. .



Tuesday, October 31, 2006

Episod Tujuh Belas

Episod Tujuh Belas
Penulis: Fansuri

“Dalam percintaan kamu jangan kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan”

”Ya Allah dah pukul 7 pagi “ Keluh hatiku .Tak sangka pula aku terbangun selewat ini. Sampai solat subuh pun aku tertinggal. Nasib baik lagi masih ada masa untuk aku bersiap ke pejabat. Hebat betul aku mengelamun semalam memikirkan kisah cinta Najwa. Macam tak percaya sahaja Najwa dan cikgu Iskandar tidak jadi bertunang .Kalau betul apa yang diriwayatkan oleh Jiha itu betul ,bermakna Najwa sekarang bukan tunang orang lagi .Mungkin peluang aku untuk mendapat kembali cinta aku yang hilang suatu masa dahulu kembali bersinar. Sampai pukul lima pagi juga aku membuat perhitungan semalam , sedar tak sedar pukul tujuh pagi aku bangun . Perhitungan yang aku buat semalam sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk tindakan seterusnya . Apakah aku perlu terus mengejar cinta Najwa untuk mendapat cinta sejati aku atau aku terus mencari seseorang yang betul-betul mencintai aku . Entahlah aku sendiri pun tidak pasti apa yang perlu aku buat. Perasaan cinta ni kalau di layan bahaya. Bak kata orang cinta merupakan motivasi paling hebat. Apapun bagi aku berita Najwa tidak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar secara peribadi memang berita gembira pada aku . Tapi hati perempuan kalau dah pernah kecewa sekali memang susah untuk menerima cinta buat kali kedua kalinnya . Mereka akan jadi sangat cerewet dan kepercayaan kepada lelaki sangat susah sampai ke suatu tahap walaupun lelaki tersebut menyintainya betul-betul pun dia tidak percaya dan jalan terakhir ada yang tak kahwin. Insan yang bernama Hamzah juga termasuk dalam perhitungan aku semalam. Kalau memang betul Najwa tidak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar sekalipun mungkin pengganti cinta Najwa adalah Hamzah. Bukan mesra lagi aku nampak perhubungan mereka .Lagipun mereka satu pejabat .Lebih cerah peluang Hamzah daripada aku untuk mendapat cinta daripada Najwa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun aku bangun lewat tadi namun sempat juga aku sampai awal dan tepat di pejabat. Aku memang suka datang awal pejabat. Kalau aku datang awal sempat juga aku bersarapan dikedai mamak sebelah dengan ofis aku . Telur separuh masak dua biji atau sekeping roti canai bersama teh o nipis sudah memadai bagi aku . Namun pagi ni tak sempat aku nak bersarapan .

‘ Assalamualaikum Cik Ainon’ Aku bagi salam kepada kerani tempat aku kerja. Paling aku suka Cin Ainon ni , senyuman dia yang manis. Senyuman Cik Ainon memang manis dan sesuai sangat kalau menjadi model untuk iklan ubat gigi .

“ Waalaikummussalam Abang Mat , kenapa rambut abang Mat macam tak mandi sahaja hari ni “ Tanya Ainon pada aku . Tak sangka pula dia perasan aku tak mandi pagi ni dan tak sempat pakai minyak rambut .Pagi tadi aku sempat basuh muka sahaja. Maklumlah nak cepat tak perasan pula rambut aku lupa nak sikat .
“ Eh tak adalah , abang mandilah pagi ni , Cuma minyak rambut habis tak sempat nak beli , yang tu rambut abang nampak macam ni “ Jawab aku dengan ringkas.
“Sedap nampak nasi lemak ,tu .Ainon beli kat mana? Tanya aku pada Ainon yang menyuapkan nasi lemak kedalam mulutnya dengan berselera sekali.

“Ainon beli kat sebelah kedai mamak tu . Ala takkan abang tak pernah beli nasi lemak yang dijual oleh abang sotong tu”Jawab Ainon pada aku

“Eh Ainon best ajer kata abang jual nasi lemak tu sotong , walaupun dia sotong tapi pandai buat dan jual nasi lemak. Lebih baik daripada hero-hero yang merempit malam-malam tu “Jawab aku balik pada Ainon.

“Ye lah , Abang Mat betul, apapun nasi lemak abang sotong ni best , berselera Ainon makan bersama dengan air milo ni. Abang Mat dah minum ke ? Kalau nak minum , Ainon boleh tolong buatkan abang Mat air milo” Ainon menawarkan diri untuk buat air milo kat aku . Rugi kalau tolak ni.Lagipun aku memang tak minum air lagi pagi ni .

“ Elok juga kalau Ainon tolong buatkan , masin pun sanggup abang minum “ Jawab aku sambil bergurau . Aku sebenarnya dah biasa bergurau dengan Ainon . Nak bergura lebih-lebih tak berani pula. Maklumlah tunang orang . Budak cantik dan ayu macam Ainon ni siapa tak berkenan. Kira logiklah juga kalau dia dah bertunang . Walaupun hanya belajar sampai SPM sahaja tapi dapat tunang seorang ahli perniagaan .Perempuan memang untung kalau ada muka dan perangai baik sikit boleh dapat suami yang kaya atau berada . Kalau lelaki memang susahlah walaupun rupa handsome tetapi kalau tak ada duit jangan haraplah peempuan suka . Tetapi walaupun rupa tak berapa ada tetapi ada duit peluang untuk ramai awek memang cerah . Sebab tu aku tak terkejut kalau baca dalam paper artis yang kahwin dengan Datuk sebaya dengan ayahnya. Maklumlah Datuk banyak duit. Lagi tua lagi bagus .. Setakat muka dah berkedut boleh buat tak nampak asalkan masa depan cerah . Kalau wartawan Tanya kenapa pilih orang tua untuk buat suami apa yang nak di risau jawapan dah ada .Jodoh di tangan Tuhan . Jawapan yang ringkas dan padat . Memang tiada siapa boleh takwil lagi .

“Abang Mat , bos nak jumpa , dia suruh abang Mat bawa sekali drawing main directory yang Mr.Wiliam minta hari tu .” Beritahu Ainon pada aku . Dah lima hari aku tak mengadap bos ni . Memang aku dah agak kalu dia nak jumpa aku confirm nak tanya fasal drawing tu .

‘’ Mat , macam mana dengan drawing Mr .Wiliam tu ?” Tanya bos pada aku
“ Dah siap bos dan dah boleh buat sebut harga. Projek ni mungkin dalam 40 ribu sahaja secara kasar termasuk kos pemasangan “ Jelas aku pada bos.

“Eh kira mahal jugalah setahu saya panjang main directory tu hanya lapan kaki sahaja takkan harga sampai 40 ribu “ Tanya bos pada aku .

“Memanglah murah kalau kita hanya guna aluminium buatan tempatan , Tetapi mutunya tak memuaskan dan tidak sesuai untuk tempat hotel lima bintang Mr. Wiliam tu . So saya guna Hb Modular System saiz 45 mm rasa memang sesuai. Kos memang agak bertambah sebab kita terpaksa import dari UK .”Jelas aku pada bos.

‘ Macam mana dengan header untuk main directory ni , kita nak guna stiker atau box up “ Tanya bos pada aku .

“ Saya rasa lebih baik kita guna box up warna silver atau gold baru bampak menyerlah sikit. Kalau bos setuju boleh saya buat tempahan esok.” Jelas aku pada bos

‘” Saya ok sahaja lagipun kamu yang handle projek ni . Kamu dah Tanya ke Mr .Wiliam tu dia setuju tak dengan harga 40 ribu tu “ Tanya bos pada aku .
“Semasa perbincangan hari tu . Mr.Wiliam kata budget dia dalam 50ribu ke bawah , so 40 ribu tu memang ok sangatlah “
“ Kalau macam tu tak pa lah ,apa-apa perkembangan inform kat saya okey “ Jelas bos pada aku .

Sebenarnya di dalam dunia peniagaan ni memang susah nak cari orang Cina yang cari syarikat Melayu untuk buat projek walaupun kecil . Entah macam mana Mr. Wiliam boleh percaya kat bos aku sanggup bagi projek tu pada bos aku . Ini mungkin satu kelebihan bos aku yang pandai bergaul , bukan setakat Melayu sahaja dia kawan , Cina dan India pun ramai kawan dia dan sanggup bagi projek kat dia .

Kalau ada kerja banyak cepat sahaja masa berlalu . Sedar tak sedar dah nak hampir pukul lima. Cik Ainon dah bersiap nak balik. Tunang dia pun dah call untuk jemput dia.

“ Abang Mat , Ainon balik dulu ya , abang Manaf dah menunggu” Beritahu ainon pada aku dengan senyuman . Boleh dikatakan tiap-tiap hari Manaf akan tunggu Ainon dan hantar Ainon ke rumah kakak Ainon .Kakak Ainon pun dah kenal Manaf dan percaya pada Manaf . Mengikut kata Ainon sepanjang perkenalannya dengan Manaf , berpengang tangan pun belum pernah .Tebal betul iman Manaf . Pernah juga aku Tanya Ainon sambil berguarau.

‘ Ainon ni tak romantic lansung , takkan tak pernah kot berpegang tangan dengan Abang Manaf yang handsome tu “ Tanya aku

‘ Eh , abang Mat , Mak Ainon dah pesan tak elok berpegang tangan kalau belum dapat lesen besar. Banyak cara lain lagi kalau nak romantic. Bagi Ainon senyuman abang Manaf dan kejujuran Abang Manaf pada Ainon sudah cukup romantic.’ Jelas Ainon .

Kalau tengok riak wajak Manaf memang terpancar seorang yang jujur dan baik. Kalau aku ada adik perenpuan sangggup bagi kat Manaf untuk dijadikan isteri. Zaman sekarang susah nak cari lelaki yang jujur macam Manaf ni. Dan aku rasa tak sia-sia Ainon menyintai Manaf dan sanggup membuat keputusan untuk bertunang walaupun dalam umur yang agak muda. Maklumlah orang lain kalau umur baru nak masuk 21 sibuk nak sambung belajar dan mengejar cita-cita. Lain pula dengan Ainon mungkin cita-cita Ainon untuk mendapat cinta yang sejati dalam hidupnya . Petang ni aku terpaksa balik awal sikit sebab nak pergi hantar Ram kat stesen bas Terminal Putra. Entah apa cerita , tetiba Ram nak balik kampung. Katanya nak cari ketenangan buat seketika . Mungkin ada masalah lagi dengan awek-aweknya.

‘ Kenapa pula tetiba aje kau nak balik kampung ni , ada saudara kau yang sakit ke” Tanya aku pada Ram untuk mendapat kepastian.

“ Tak adalah Mat , aku nak cari ketenangan sikit kat kampung, jiwa aku sekarang tak berapa tenang sekarang .Mugkin banyak sangat persoalan dalam hidup aku yang belum terjawab” Jelas Ram pada aku .

“ Macam ada masalah je kau ni, cubalah citer kat aku ,mana tahu aku dapat selesaikan masalah kau tu “ Kata aku pada Ram . Kasihan pula tengok Ram dalam masalah .

‘ Sebenarnya Mat , aku rasa nak bertunaglah “ Jelas Ram pada aku .Satu kenyataan yang bagus keluar daripada mulut Ram.

“ Baguslah kalau macam tu. Dengan siapa kau nak bertuang tu ?” Tanya aku pada Ram.
“ Aku nak bertunang dengan Najwa. Entahlah aku rasa dia pilihan paling tepat dalam hidup aku “ Jelas Ram. Terkejut aku bila Ram mengatakan yang dia nak bertunang dengan Najwa.. Betul ke Ram nak bertunang dengan Najwa. Tak mungkin….

Penulis: Terima kasih kepada semua pembaca. Saya minta maaf atas kelambatan cerita ini. Apapaun terima kasih atas segala komen yang diberikan. Ikutilah kisah seterusnya.Betulkan Ram akan bertunag dengan Najwa atau sekadar mainan sahaja…Kepada semua pencinta hayatilah kata-kata ini.

“ Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi”.

Wednesday, October 18, 2006

Episod Enam Belas

Episod Enam Belas
Penulis: Fansuri
Macam tidak percaya sahaja aku berjumpa dengan Najiha dan Oden di stesen keretapi tempoh hari .Memang sempit betul dunia ini . Tak sangka pula aku berjumpa dengan mereka berdua di Kuala Lumpur yang penuh dan padat dengan manusia ini. Oden dan Najiha baru berpindah di Kuala Lumpur sebulan lepas .Aku pun sudah lama tidak menghubungi Oden mahupun Najiha . Empat bulan lepas ada juga aku call Oden dan dia ada cerita juga dia nak berpindah di Kuala Lumpur bersama Najiha. Syarikat tempat dia bekerja telah membuka cawangan baru di Kuala Lumpur dan dia pula telah dinaikkan pangkat di cawangan baru syarikat tersebut. Begitulah cerita serba ringkas di pertemuan aku , Oden dan Najiha. Oden , Najiha dan aku dulu satu sekolah menengah di sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad Pulai Chondong . Begitu juga dengan Najwa. Najiha dan Najwa memang kawan rapat. Pelik pula aku rasa dah lah nama mereka seakan sama dan paling pelik muka meraka seiras kalau dilihat dari jauh. Bukan aku sahaja berpendapat sedemikian orang lain juga berpendapat macam aku .Kembar hampir serupa tetapi lain ibu dan lain bapa . Lebih kurang macam tu lah . Lebih nampak menyerlah lagi keseirasan wajah mereka apabila mereka memakai pakaian uniform sekolah . Kisah cinta Oden dengan Najiha pun bermula pada zaman sekolah menengah lagi . Zaman cinta monyet. Dari usikan kekawan tak sangka pula perhubungan mereka menjadi serius. Oden pengerusi Kelab penerbitan semasa di sekolah menengah manakala Najiha pula sebagai ketua pengarang. Masa tu aku dan Najwa hanya AJK fotografi dan laporan . Kelab Penerbitan memang sebuah kelab yang penting dalam menerbitkan majalah sekolah dan bahan-bahan bercetak dan lain-lain. Oden atau nama sebenarnya Salahuddin memang seorang pengerusi kelab yang tinggi daya kereatifnya dan komitmennya walaupun tuan tidaklah setinggi sangat . Ramai juga awek-awek cun kat sekolah aku yang cuba mengusyanya tetapi semuanya tidak berjaya maklumlah anak pak imam ni bukan senang untuk digoda dan tergoda tapi akhirnya tersangkut juga dia dengan Najiha sehinggalah cinta mereka diijabkabulkan setahun lepas. Oden sekarang sudah bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai ketua editor manakala isterinya Najiha bekerja sebagai guru Bahasa Melayu . Bahagia sungguh aku nampak mereka sampai keluar dari train pun berpimpin tangan . Tak sia-sialah Oden menghabiskan masa menunggu cinta Najiha dan tidak sia-sia juga Oden banyak menghabiskan duit untuk membeli hadiah kepada Najiha. Bukan sebarangan orang juga yang dapat mencuri hati Najiha yang terkenal dengan sifat tegas dan tidak suka layan lelaki ni . Najiha juga semasa di sekolah memang seorang pendebat yang hebat sampai ke peringkat negeri Najiha menyertai pertandingan debat . Kalau setakat nak mengayat dengan ayat yang mudah memang susah nak cair insan yang bernama Najiha ni hanya Oden sahaja yang mampu memikat hati Najiha sehingga perhubungan mereka ke jinjang pelamin. Aku pun tak tahu apa ayat yang Oden mangayat Najiha sehingga Najiha tersangkut .Mungkin ayat yang diajar oleh pak imam. Ayat-ayat yang power dan bersumberkan nas-nas yang betul. Cemburu pula melihat semua kekawan yang sudah berkawin. Ramai juga member satu sekolah menengah dulu yang sudah berkahwin. Tiga bulan lepas semasa cuti sekolah sahabat aku , Paan yang kahwin . Ingat lagi aku kawan aku yang bernama Paan ini memang pediam orangnya. Nak bercakap dengan perempuan jauh sekali tapi dalam diam-diam sempat juga dia bercinta dengan seoarang awek pustawanan sekolah aku dahulu. Patutlah Paan rajin pergi perpustakaan semasa di sekolah menengah dahulu. Cinta monyet Paan pun tidak sia-sia dan akhirnya cinta mereka juga sampai ke jinjang pelamin . ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- “ Ya Allah kau Mat , aku ingat peragut mana tadi nak ragut aku ,kau naik motor semacam ajer , macam nak cepat ajer” Kata Oden pada aku .Memang aku naik motor tadi semacam sahaja kerana tidak sabar untuk mendapat kepastian siapa yang berpimpin tangan dengan Najwa tadi . Ada ke patut dia kata gaya aku tadi macam gaya peragut . Hensem macam ni ada gaya peragut ker. Bisik hati aku. “ Aku memang kejar kau pun tadi , aku lihat kau semasa aku tengah makan roti canai kat kedai mamak tu “ Jelas aku pada Oden. “ Kau dari mana Mat ?” Tanya Oden pada aku. “Dari tempat kerjalah dari mana lagi . kau pula dari mana dengan Najiha ni”Tanya aku balik pada Oden. “Aku pun samalah macam kau dari tempat kerjalah .kau kerja tempat lama ker?”Oden Tanya aku balik. Biasalah member lama tak berjumpa sesi soal jawab akan terjadi. “Aku kerja tempat lama lagi, sekarang ni susah nak cari kerja, kalau ikutkan hati memang rasa nak berhenti kerja tempat aku tu, maklumlah gaji aku kat sana tak berapa mahal tetapi kerja teruk , tapi apabila aku fikir balik nasib aku lebih dari orang yang masih menganggur” Jelas aku pada Oden dan Oden macam biasa dalam bab mengangguk dan penjadi pendengar yang hebat memang aku boleh puji. Kalau semasa aku kat sekolah dahulu kalau ada member aku yang ada masalah jiwa Oden selalu menjadi tempat rujukan . “Memanglah Mat, sekarang ni susah nak cari kerja, tapi jangan asyik bersyukur dengan apa yang ada kita perlu berusaha untuk memajukan diri “ Jelas Oden pada aku . Memang aku faham sangat apa yang Oden cakap tu . “ Kau pula macam mana Din , bila nak jadi papa ni ? “ Tanya aku pada Oden . “Ala Mat , relax dulu honeymoon tak habis lagi ni , Oden menjawab Soalan gurauan aku sambil menjeling pada isterinya yang tercinta” Memang nampak bahagia sangat Oden dan Najiha ni . Kahwin awal ni memang seronok kalau ada jodoh dan kalau ekonomi setabil. Tapi kalau nak tunggu ekonomi betul-betul setabil lambatlah sikit nak kahwin .Tengok baju Oden yang ber iron pun dah nampak beza aku dengan Oden . Dah lama aku tak iron baju . Tetiba teringat pula sahabat aku dulu Adi dan Radiah . Apa cerita pun aku tak tahu .Lama aku tak berhubung dengan budak skema tu . Apabila melihat member yang dah kahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia ni membuat aku lebih bermotivasi untuk cepat-cepat mencari pasangan hidup yang sesuai dan sekupu . Perkataan sesuai dan sekupu tu memang luas tafsirnya. Najwa memang aku cinta dan orang aku paling sayang tetapi tidak semestinya Najwa tu pasangan yang sesuai untuk aku. Susah juga untuk mencari orang yang betul-betul kita sayang dan orang yang betul-betul sepadan dengan kita. Seronok juga dapat betemu sahabat lama. Memang banyak cerita dan berita apabila sudah lama tidak bertemu. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing apabila menamatkan pelajaran di universiti . Masing-masing sudah mempunyai kerjaya. Setahu aku tidak ada lagi member aku yang menganggur semuanya telah bekerja walaupun kerja bukan dalam bidang apa yang belajar semasa di universiti dahulu. Ada yang jadi jual insuran , ada yang kerja KFC, ada yang kerja dengan kerajaan , ada yang kerja dengan swasta dan ada juga yang berani membuaka perniagaan sendiri. Bumi Tuhan sebenarnya luas dan rezeki ada di mana-mana terutama di kota raya Kuala Lumpur yang padat dengan manusia ini. Macam-macam kerja boleh di buat di kota raya ini .Rezeki kat sini memang sentiasa ada dengan syarat mesti rajin berusaha macam Indon yang datang kat Kuala Lumpur ini .Ada sesetengah daripada mereka yang dapat hidup lebih mewah daripada rakyat tempatan. Dah rezeki diaorang nak buat macam mana . Siapa berusaha dia dapat , siapa yang malas melepas. Simple ajer sifir kat dunia ni . Tetapi jangan sampai terjebak dengan kegiatan mencari rezeki yang tidak halal cukuplah.Buatlah apa-apa2 kerja asalkan halal. “Mat kau tahu tak Najwa sekarang dah tinggal kat Kuala Lumpur” Tetiba Najiha memberitahu aku berita tentang Najwa tanpa aku bertanya. “ Rasanya tahu , bila lagi dia datang Kuala Lumpur?”Tanya aku balik pada Najiha untuk mendapat lebih kepastian . Acap kali juga aku bertemu dengan Najwa tetapi aku tak pernah pun bertanya bila dia mula datang Kuala Lumpur. “Rasanya dah hampir enam bulan dia menetap di Kuala Lumpur ni.”Jelas Najiha pada aku . “ Tunang dia macam kat mana sekarang , bila dia nak kahwin ?” Tanya aku pada Najiha. Setahu aku dah lama Najwa bertunang dengan cikgu Iskandar tu . “ Eh Mata ada pula tanaya macam tu , macam tak tahu langsung , kan Najwa tak jadi bertunang dengan cikgu Iskandar . Tetiba aku menjadi bingung. Apakah betul kenyataan yang diberitahu oleh Najiha tu . Setahu aku Najiha tidak pandai bergurau dia memang seoarang yang agak serius . Kalau nak dibandingkan perangai Najwa dengan dengan Najiha memang agak ketara walaupun wajah mereka ada mirip. Aku mesti mendapat kepastian daripada Najiha apakah apa yang diperkataan itu adakah betul atau sekadar gurauan di waktu petang sahaja . Apa cerita sebenarnya aku pun tak tahu . Setahu aku Najwa memang hanya menganggap aku hanya sebagai kawan sahaja. Dan aku tahu cinta Najwa pada cikigu Iskandar memang agak mendalam . Perlukah aku menaruh perasaan dan terus mengejar cinta Najwa. Tetiba aku teringat pesanan pakar cinta sahabat baik aku Ram yang berbunyi “ Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya , terkecuali kalau memang lelaki itu diharapkan untuk menjadi kekasihnya” Sungguh dalam falsafah yang Ram perturunkan pada aku. Buku mana yang dia baca aku tidak tahu tetapi ungkapan kata yang ringkas itu amat mendalam maknanya. Aku pun percaya memang wanita akan memandang rendah lelaki yang menyukainya sekiranya dia tidak menyukainya

Note: Teriima kasih kepada semua pembaca yang terus mengikuti kisah Aku Dan Najwa ini. Penulis meminta maaf kerana episode kali ini lambat sedikit disiarkan. Aapapun ikutilah kisah seterusnya …dan ketahui mengapa kisah Najwa dan cikgu Iskandar .Adakah betul mereka tidak jadi bertunang ….atau Najiha hanya bergurau sahaja ………jeng-jeng..sebarang komen dan padangan email kepada saya smahazan@gmail.com

Monday, August 21, 2006

Episod Lima Belas

Episod Lima Belas

“ Budak laki ini ke yang Nurul suka? Mat nasihatkan baik Nurul lupakan sahaja , Mat kenal sangat dia ni” Jelas aku pada Nurul supaya dia melupakan sahaja lelaki pujaan hatinya itu . Lagipun lelaki pujaan hatinya itu ramai peminat dan paling penting telah berkahwin

‘ Ala Mat , cuma dia sahaja yang berjaya menawan hati Nurul, dari riak wajahnya terselah dia seorang penyayang , sebab itu lah Nurul suka sangat kat dia “ Nurul cuba mempertahankan lelaki yang dia suka itu dan kononnya wajah lelaki idamannya itu penyayang . Bagi aku , tak ada langsung wajah seorang penyayang wajah playboy adalah .

Gambar yang Nurul tunjukan pada aku memang wajah seseorang yang tidak asing lagi

bagi aku .David Beckham orangnya. Kapten bola pasukan England. Mati-mati aku ingat Nurul keluarkan gambar bekas pakwe dia atau bakal pakwe dia. Sempat juga aku berdebar. Entah aku pun tak tahu kenapa aku berdebar.

“ Wajah Mat ni tak cukup penyayang ke untuk Nurul sukai ?’ Tanya aku pada Nurul dalam nada bergurau. Kalau dalam nada serius takut dia tidak senang pula dengan soalan aku tu .

“ Mat pun penyayang juga “ Jawab Nurul ringkas dan sambil tersenyum.

‘ Habis tu Nurul tak suka ke kat Mat ni ‘ Tanya aku pada Nurul sambil tersenyum untuk menampakkan aku tidak bertanya dengan serius.

Nurul hanya menjawab dengan senyuman sahaja soalan aku tadi membuat aku mentafsir sendiri maksud di sebalik senyuman Nurul .Memang manis senyuman Nurul sambil mukanya menunduk ke bawah .

“ Mat minumlah air tu , nanti sejuk pula” Kata Nurul pada aku . Tak perasan pula teh o nipis aku hampir sejuk..

“ Nurul mana ada pak we Mat . Bak kata orang single-mingle lagi” Jelas Nurul pada aku tanpa aku tanya.

Ala apa nak di hairan sangat , budak cute macam Nurul ni senang ajer dapat pak we” Kata aku pada Nurul . Memang betul pun apa yang aku kata . Aku sendiri pun mula berkenan pada Nurul . Tentu ramai juga yang berkenan pada Nurul selain aku . Mungkin Nurul tidak bersedia lagi untuk menjadi awek orang atau dia memilih sangat.

‘ Nurul ada bawakan kek untuk Mat . Nurul buat sendiri tau, kan hari Mat kata suka makan kek” Nurul menghulurkan kek pada aku dalam sebuah bekas plastik.

“ Eh betul ker Nurul buat ni . Mat memang suka sangat makan kek ni” Kata aku pada Nurul.

“ Betul ,Nurul yang buat ni semalam belajar daripada mak buat kek’ Jelas Nurul pada aku .

Aku mengambil sekeping kek dalam bekas plastik tersebut. Memang sedap kek yang Nurul bagi kat aku ni. Nurul tengok sahaja aku makan kek. Seronok pula kalau Nurul suapkan kek tu kat aku . Tapi kalau aku suruh dia suap nanti apa pula katanya. Pandai juga Nurul buat kek. Teringat aku pada Najwa , walalupun dia tahu aku suka makan kek tapi tak pernah pun dia bagi aku kek nak buat jauh sekali . Dengan Nurul aku hanya cakap sekali sahaja itu pun dala bentuk gurauan . Terharu pula rasanya dengan kebaikan Nurul pada aku . Tetapi apa yang penting sekarang perhubungan aku dengan Nurul pun lebih daripada kawan biasa walaupun pada istilah kawan biasa .

“ Nak Nurul suapkan ker?’ Tanya Nurul pada aku . Terkejut aku mendengar soalan aku . Hebat betul budak ni dapat tahu apa yang terdetik dalam fikiran aku . Ilmu apa yang dia guna ini .

“ Eh tak pe lah nanti malu pulak Mat , Nurul suapkan Mat “ Jawab aku. Tetiba terasa malu pulak . Mungkin Nurul hanya bergurau untuk suapkan aku kek tu .

Lama juga aku berbual dengan Nurul hari tu . Tiga jam rasa sekejap sahaja . Entah yang aku bincangkan dan bualkan aku pun tak tahu tetapi setiap kali aku berjumpa Nurul memang aku rasa selesa sangat dengan dia solah-olah kami sudah berkenalan lama dan seoh-olah juga aku terasa Nurul awek aku ..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur memang sinonim dengan kesesakan lalulintas , terutama waktu pagi dan waktu petang semasa pergi ke tempat kerja dan mahu balik kerja. Jalan paling senang untuk aku mengelak daripada kesesakkan tersebut dengan mengunakan perkhidmatan train Star ataupun Putra. Keadaan yang sama juga berlaku walaupun di dalam train tetap berlaku kesesakan . Train memang selalu penuh. Kalau ikutkan kos naik motor memang lebih murah daripada train tetapi naik train lebih selamat dan boleh rehat sikit . Aku memang suka membaca buku di dalam train kalau dapat tempat duduk . Macam-macam gelagak dan orang kita boleh tengok semasa naik train. Baju dan fesyen pun pelbagai juga terutama perempuan yang kerja kerajaan mahupun swasta memang semuanya bergaya dan berlawa habis. Selain daripada itu bau pewangi pun macam-macam bau terutama waktu pagi , kalau waktu petang kurang sikit tetapi make up tetap maintain lagi . Perempuan katakan .

Sopan santun budaya kita , berbudi bahasa budaya kita sebetulnya masih lemah lagi pengamalan oleh rakyat Malaysia. Acap kali juga aku melihat peristiwa ibu yang mengandung berdiri di dalam train . Tak ada sesiapapun yang nak bagun dan bagi tempat duduk pada ibu tersebut . Paling menyedihkan lagi dia berdiri depan kaum sejenisnya. Semuanya buat tak tahu dan tak nampak. Orang mengandung perlu banyak berhati-hati maklumlah di dalam perut tu bukan robot tapi bakal orang . Geram saja aku nak pergi heret minah yang duduk depan ibu yang mengandung itu dan bagi ibu itu duduk . Tapi segan dan kasar pula rasa nak buat macam tu sebab memang tak pernah orang buat . Macam-macam perangai manusia ni .

Memang hari ni aku pun tak dapat tempat duduk kerana orang terlalu ramai. Terpaksalah berhimpit-himpit sikit di dalam train . Tahan sikit bau-bau yang kurang meyenangkan . Maklumlah apabila terhimpit-himpit bermacam-macam bau akan tercipta.

Seperti biasa sampai kat stesen aku akan akan naik motosikal aku untuk balik ke rumah .Aku parking motosikal aku dalam stesen train tu . Kalau nak naik bas ke rumah aku pun ada tetapi lambat sikit lah kena menunggu kalau silap haribulan dan bernasib malang terpaksa menunggu sejam.Kalau tak silap haribulan dan bernasib baik paling sebentar pun 20 minit . Seperti biasa aku akan singgah kedai mamak yang berhampiran dengan stesen kerata api untuk makan petang dan kekadang makan malam terus.

“Bagi saya roti telur dan teh o nipis satu” Aku membuat pesanan

Mamak tersebut memberikan aku air teh o nipis dulu dan 6 minit kemudian baru roti telur yang aku order sampai. Sungguh berselera makan di waktu petang walaupun makan seorang diri . Sebenarnya makan keseorangan memang tidak menyeronokkan tak dapat berbual dan berbincang topik-topik hangat semasa. Tetiba ketika aku membuat suapan ke tujuh aku ternampak Najwa dari jauh sedang berpimpin tangan dengan seseorang menuju ke stesen train . Biar betul Najwa berpimpin tangan dan nampak keakraban semulajadi di antara Najwa dan pasangannya. Mungkin tidak dan mungkin ya sebab kekadang mata aku ni kabur sikit kalau melihat dari jarak yang jauh. Tapi gaya lelaki yang aku nampak tu bukan gaya Hamzah yang aku jumpa hari tu .Hamzah tinggi sedikit daripada Najwa tetapi lelaki yang dipimpin tangan oleh Najwa dan dalam maksud yang sama Najwa memimpin tangan lelaki itu rendah sedikit daripada Najwa. Mana satu pakwe Najwa sebenarnya. Atau Najwa sekarang telah menjadi playgirl seorang perempuan yang mempunyai ramai kekasih masih.

Oh tidak .Terus selera untuk aku makan roti yang sedap itu hilang. Aku tidak boleh berdiam diri hanya duduk makan roti canai sahaja. Tindakan segera mesti di buat untuk mendapat kepastian. Selagi aku tidak mendapat kepastian selagi itulah hati aku tidak senang dan terfikir-fikir terutama semasa mahu tidur . Aku terus menaiki motor dan pergi menuju ke tempat Najwa. Nak berjalan atau berlari tak larat .

“ Eh Najiha dan Oden “ Terkejut aku melihat Najiha dengan Oden. Sempit sungguh dunia ini..

--Bersambung--- Ikutilah episod seterusnya sebarang komen dariipada pembaca amatkah dihargai . anda boleh menghantar email kepada saya untuk memberi komen mahupun idea ataupun pertanyaan smahazan@gmail.com

Tuesday, August 01, 2006

Episod ke Empat Belas

Episod Ke 14
Penulis Fansuri.
“Tak sangka pula Mat ni pandai menulis” kata Nurul pada aku sambil dia menunjukkan sebuah buku koleksi puisi remaja yang baru diterbitkan berjudul “ Sang Pencinta”

“ Ala tak pandai sangat pun , sikit-sikit sahaja, sambil isi masa lapang , manalah Mat pandai menulis.’ Jawab aku pada Nurul dalam nada merendah diri .Memang diri aku rendah dalam bidang penulisan bak kata orang baru nak bermula sahaja. Lagipun aku tidak mendapat pembelajaran yang formal dalam bidang penulisan.

‘ Em macam mana pula Nurul tahu Mat guna nama Kelana Sepi tu. Malulah Mat nanti Nurul kata Mat ni jenis jiwang pula, sedangkan Mat ni rock tau “ Tanya aku pada Nurul hairan pula dia tahu bagaimana aku ada menulis puisi dalam buku “Sang Pencinta’ buku yang menghimpunkan sajak-sajak cinta penyajak remaja. Sajak-sajak tu sebenarnya telah tersiar dalam majalah Dewan Penulisan. Tak sangka pula terpilih untuk menjadi koleksi dalam bulu ‘ Sang Pencinta”.


‘ Ala apa yang pelik sangatnya , pada helaian belakang buku ni ada biodata penulis dan gambar sekali. Tapi gambar Mat dalam buku ni rambut pendeklah . cute pula. “ Jawab Nurul balik.

‘ Patutlah Nurul tahu Mat ingat Nurul teka sahaja , bak kata orang sudah terang lagi bersuluhlah, dah ada gambar dan biodata sekali “ Balas aku pada Nurul.

Sajak-sajak jiwang dan luahan perasaan cinta dalam buku tu aku tuju untuk Najwa. Banyak juga sajak yang aku buat mengenai cinta tidak kesampaian . Kekadang aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa Najwa, insan yang aku puja dan cinta , tiba-tiba memberitahu dia sudah bertunang dengan Cikgu Iskandar. Sedih , pilu dan terluka hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Aku menulis sajak itu semata-mata untuk meluahkan perasaan aku pada Najwa. Tapi aku tak pernah pun memberitahu Najwa aku ada menulis sajak jwang pada dia. Lagi pun Najwa bukan ada jiwa seni sangat nak baca sajak ni .

Pahatan nokhtah cinta
( Dedikasi Untuk Seseorang Yang Bernama Najwa)

Malam ini
berjalan jauh aku di setiap persinghan kenangan
Untuk aku renung kembali catatan cinta lama
dan Membaca semula setiap kenangan di setiap persinggahan
Ada sebuah persingahan yang tidak mungkin pudar catatannya
Terpahat di batu hati janji-janji sesetia adam dan hawa
dahulunya satu persinggahan yang terindah
Menghiasi setiap baris kata denngan keindahan merkar mawar

Dan , Di suatu sebuah pesingahan di hujung kenangan
Juga terpahat catatan yang terpahat di batu hati ini
Ketukan pahat kata yang tajam dan kuat
Telah menghancurkan hati ini sehebatnya
Untuk nokhtahkan satu perhubungan cinta.

Namun,
Masih Ku bawa cintamu di dalam bekas hatiku
Setiap kali bulan dan bentari berganti
Begitu resah aku menghindar bayangmu
Malam ini bulan datang lagi dan aku tak pernah mengerti
Mengapa tika waktu terus berjalan dan aku harus menungumu
Sedangkan cintaku telah kau pahat nokhtahnya di hatiku.


Oleh: Kelana Sepi
Kampung Bagan-Bawah
Pulai Chondong.

Sajak aku yang bertajuk ‘ Pahatan Nokthah Cinta” telah tersiar didalam majalah Dewan Penulisan pada suatu masa dahulu , aku pun tidak ingat bila sajak tu tersiar dan sekali lagi sajak tersebut terpilih dalam himpunan sajak cinta dalam buku “ Sang Pencinta”. Sajak itu memang aku cipta ketika aku sangat merindui Najwa sehingga kekadang aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa Najwa telah menjadi tunang orang . Betapa sedih dan luka hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu . Najwa entah apa kuasamu sehingga aku tidak dapat mengawal perasaan aku pasa suatu masa dahulu. Kenangan dan ingatanku padamu begitu kuat . Solah-olah baru semalam sahaja ia terjadi . Mungkin kerana aku selalu mengimbas kembali kenangan aku denganmu Najwa sambil baring sebelum tidur. Kesejukan ais kacang dikedai sebelah sekolah masih segar diingatan aku. Begitu juga dengan air cendol. Sedap sungguh. Aku pun tidak tahu mengapa insan yang bernama Najwa itu mampu membuat aku menjadi sang perindu tanpa sempadan . Bayangan Najwa sentiasa ada dimana-mana. Walaupun mahu dilupa tetapi ingatan dan rindu pada Najwa tetap hadir. Begitu indah sekali rasanya sekiranya Najwa di takdirkan menjadi isteri aku yang sah dan aku mendapat kasih sayang rasmi daripada Najwa dan aku memberi kasih sayang yang rasmi pasa Najwa.

‘ Mat , siapa Najwa tu , nampak begitu puitis sajak tu Mat cipta. Kalau Mat tidak merasa sendiri perasaan itu tidak mungkin Mat dapat menghasilkan sajak sehebat itu “ Puji Nurul sambil mahu mengetahui siapa Najwa.

Memang satu soalan yang mempunyai jawapan yang mudah tetapi sukar dijawab dan diterangkan .Mungkin aku tidak mahu Nurul mengetahui suatu masa dahulu aku pernah tergila-gilakan Najwa. Aku cuba control memek muka aku supaya Nurul tidak dapat mengesan aku menyembunyikan sesuatu.

‘ Nurul tak nak order air ke? Tak best kalau kita borak tanpa minum air “ aku cuba mengalih topik perbualan dengan Nurul. Aku sebenarnya malas nak bercerita lagi tentang Najwa pada Nurul. Apa yang pasti dan jelas sekarang aku solo.

“ Nurul, nak minum air apa ? “ Tanya aku pada Nurul
“ Air kopi ais” Nurul menjawab ringkas
‘ Eh Nurul tak takut kulit Nurul jadi gelap ke minum air kopi ni , nanti air kopi akan meresap ke dalam tubuh kita dan membuat kulit kita menjadi gelap ‘ Aku cuba buat lawak kat Nurul . Harap-harap dengan lawak tersebut Nurul tidak bertanya tentang Najwa lagi.

‘ Ada ke patut Mat , orang India , minum susu tiap-tipa hari tak putih pun kulit” Balas Nurul Balik.

‘ Najwa tu awek lama ke Mat ? ‘Nurul bertanya lagi . Lawak aku memang telah menjadi tadi tetapi tidak ada kuasa untuk mengelak pertanyaan Nurul tentang Najwa. Macam mana aku nak jawab pertanyaan Nurul tersebut. Sukar untuk mencerita kisah sebenar aku pada Nurul.

“ Najwa tu kawan biasa sahaja, kawan Mat semasa sekolah dulu” Jawab aku ringkas. Seolah-olah menokhtah jawapan aku tadi .

“Takkan kawan biasa sahaja, ala Mat ni kalau nak menipu pun biarlah professional sikit, Nurul bukan apa nak tahu ajer ,kadang-kadang seronok juga jadi busy body ni” Jawab Nurul. Memang susah untuk menjawab soalan Nurul tu. Masakan mungkin sajak yag begitu jiwang ditulis untuk sahabat biasa sahaja. Aku menjadi tidak tenang dengan soalan Nurul yang mudah itu. Mata aku asyik memandang ke tempat lain .

“ Sebenarnya Najwa adalah seseorang yang Mat suka pada suatu ketika dahulu. Ala biasalah cinta monyet bak kata orang. Time tu budak-budak lagi baru belajar nak bercinta” Jawab aku ringkas. Harap-harap jawapan yang ringkas tersebut tidak disusuli dengan soalan yang berjenis sama lagi .

‘ Najwa tu cinta pertama Mat ke” Nurul menanya lagi. Memang kali ni Nurul busy body. Mungkin satu isyarat dia mula menyukai aku dan ingin menanyakan kisah aku.

“ Oh macam tu . cinta pertama bagi Nurul memang susah nak dilupakan walaupun ia hanya cinta monyet. Nurul faham perasaan Mat. Nurul pun pernah mengalami kisah macam Mat. Tidak semua apa yang kita hajati akan menjadi milik kata pujangga “ Cinta adalah keabadian dan kenanganan adalah hal terindah pernah dialami”

“Hebat juga Nurul ni siap bermadah lagi , emm siapa pernah Nurul cintai pada suatu masa dulu? Tanya aku balik pada Nurul.

“Susah Nurul nak bercerita kisah percintaan kami yang jarak jauh ni” Terang Nurul pada aku . Wajah Nurul nampak serius seolah-olah dia mengenang kisah lama. Mungkin Nurul mempunyai kisah yang sedih macam aku juga. Tapi biasanya orang perempuan lagi menghargai cinta pertama mereka. Kalau baca dalam luahan perasaan di dalam majalah semuanya dihantar oleh perempuan.


‘ Maksud Nurul dia jauh daripada Nurul ke?” Tanya aku balik.
‘ Ya dia sangat jauh , beribu batu dari Nurul, namun Nurul tetap setia pada dia tau “ Jawab Nurul tapi kali ini muka dia tersenyum pula .Mungkin dia mengenangkan peristiwa indah bersama orang yang dicintainya. Orang perempuan kalau bak berjanji dan bersumpah setia memang hebat. Sanggup tak pandang lelaki lain. Tetapi kekadang bahaya juga kalau sekiranya orang yang dia buat janji terlupa janjinya sedangkan umur semakin meningkat. Kalau lelaki tak ada masalah sangat kalau umur meningkat.

‘ Kalau Mat nak tengok gambar dia ,Nurul ada simpan dalam handbeg Nurul ni , nak tengok tak ?” Tanya Nurul .Bersungguh pula dia nak tunjuk gambar pakwe dia. Mungkin kacak bergaya jejaka pujaan Nurul ni .

“Kalau Nurul nak tunjuk apa salahnya” Jawab aku
Nurul terus mengeluarkan sekeping gambar daripada handbegnya.

“ Eh macam pernah kenal gambar ni . Betul ker Nurul suka dia ni” Tanya aku balik….



---Bersambung—ikutilah kisah seterusnya .Rupa-rupanya jejaka idaman Nurul tu ,Mat kenal sangat. Siapakah jejaka itu ..jeng-jeng.. ….terima kasih kepada pembaca semua kerana terus memberi sokongan pada novel ini. Sebarang kesalah ejaan dan tanda baca harap dimaafkan sebarang komen peribadi email pada penulis smahazan@gmail.com .---Penulis

Saturday, July 22, 2006

Episod Ke Tiga Belas


Episod Ke Tiga Belas

Cikgu Iskandar rupanya sudah lama mengenal Najwa . Ini membuat aku rasa lebih tidak selesa. Kedudukan aku semakin tergugak. Persaingan semakin sengit. Namun begitu perjuangan cinta ini mesti diteruskan .

“ Mat sebenarnya apa yang cikgu Iskandar cakap pada Mat tadi adalah tidak betul pun . Dia memang suka pada Najwa, tapi buat masa sekarang Najwa malas nak fikir lagi . Najwa mahu mengejar cita-cita Najwa dahulu baru nak fikir tentang cinta dan fikir fasal pasangan hidup Najwa nanti “ Najwa menjawab soalan aku . Suatu jawapan skema yang selalu di jawab oleh mana-mana perempuan. Entah dia orang belajar daripada mana, Sikit-sikit nak kerjar cita-cita atau kerjaya. Padahal cinta dan pasangan hidup pun penting dalam hidup. Lebih kurang satu level kepentingan cita-cita di dalam kehidupan .

“ Najwa kata buat masa ini Najwa tidak mahu memikirkan tentang pasangan hidup lagi ,kalau dua, tiga tahun lagi cikgu Iskandar datang meminang Najwa macam mana ?
Tanya aku balik . Saja aku tanya untuk mengetahui jawapan daripada Najwa .

“ Mat , kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang jodoh sahaja, Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau sudah jodoh Najwa dengan Cikigu Iskadar pun Najwa terima “ Jawab Najwa dengan muka yang serius.

“ Kalau dengan dengan Mat macam mana pula? “ Soalan yang simple aku Tanya dan agak berdebar untuk menanti jawapan .

“ Kalau dengan Mat ke? Segan pula Najwa nak jawab . Mungkin Najwa terima juga kalau sudah jodoh “ Jawab Najwa . Tetapi aku tidak puas hati dengan jawapan Najwa, tiada kesungguhan . Dia kata “mungkin”. Ini yang membuat aku tidak sedap hati ni . Jawapan pada cikgu Iskandar tidak ada pula “ mungkin’ . Tapi kira ok juga jawapan tu . Susahnya hendak buat orang suka kat kita ni ..

“ Mat , saja jer tanya , bukan nak pergi meminang Najwa minggu depan pun , haha” Aku cuba buat ayat cover lelaki macho . Manalah tahu Najwa tidak senang dengan soalan aku tadi .

“ Eh , Mat nak pergi meminang Najwa minggu depan ke, tak lewat sangat ke, apa kata datang meminang Najwa malam ni sahaja , haha .” Memang Najwa macam ni . Suka sangat bergurau . Aku memang suka dia.

“ Jom lah kita pergi minum ais kacang nanti Mat belanja “ Pelawa aku ada Najwa. Dan seperti selalu Najwa jarang menolak. Kami memang rapat macam ni . Tetapi tidak bercinta .


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul oh Nurul . Kekadang ada rasa juga rindu akau pada Nurul. Terutama pada senyuman Nurul yang manis mampu mencairkan hati aku. Senyuman Nurul memang manis. Disebabkan Najwa menolak cinta aku membuat aku takut dan risau nak bercinta dan menaruh perasaan lagi. Aku pun tidak tahu mengapa aku menjadi penakut . Mungkin kesan cinta aku pasa Najwa masih belum sembuh parutnya. Kekadang rasa bodoh juga mencintai seseorang lebih-lebih sedangkan orang kita cinta hanya menganggap kita kawan biasa sahaja. Macam perasaan aku , rindu aku pada Najwa. Sekarang aku dengan Najwa semakin rapat pula.. Lagi aku merasa takut . Aura pada Najwa memang kuat untuk membuat aku jatuh cinta. Malas pula aku nak tanya kemana menghilang cikigu Iskandar yang Najwa cinta dahulu atau cinta mereka masih bersemi lagi dan semakin teguh . Tetapi nampak gaya semakin tidak teguh . Suatu peristiwa yang aku tidak dapat lupa semasa aku megajak Najwa keluar pada suatu masa dahulu. Semasa aku cuti belajar matrikulasi. Sanggup dia bagi aku jawapan yang poyo untuk menolak pelawaan aku keluar dengan dia. Masih ingat lagi semasa aku telefon dia .
“ Najwa tak boleh keluar dengan Mat . Najwa mesti menjaga hati bakal tunang Najwa”

Boleh dia bagi jawapan macam tu . Setialah kononya.Tapi mungkin betul juga jawapan dia bagi dan orang yang paling gembira dengan jawapan Najwa pada masa tu semestinya Cikgu Iskandar. Atau mungkin skrip yang Najwa cakap dengan aku sudah ditulis oleh cikgu Iskndar . Kalau aku jadi bakal tunang Najwa pun aku akan cemburu . Lain pula dengan sekarang .Aku nampak Najwa semakin bebas . Hari tu , semasa aku ajak Najwa keluar tak ada pula dia kata bakal tunangnya tak bagi atau lain-lain skrip yang semaksud denganya. Kisah Najwa selama aku berpisah dengannya masih menjadi tanda tanya pada aku . Malas pula nak ambil tahu walaupun sebenarnya nak tahu .

‘ Ram . bangun Ram dah subuh ni “ Aku mengejutkan Ram sembahyang subuh. Memang aku tukang kejut Ram sembahyang subuh. Ram ni memang liat sikit nak bangun tapi kalau dia bangun dia akan solat subuh. Dengan kata lain sembahnyang subuh baginya sembahyang selepas bangun daripada tidur . Kalau dia bangun awal dalam waktu subuh orang tidak akan pelik tetapi yang selalu aku rasa pelik kalau dia bangun pukul 12 tengahhari dia sembanhyang subuh . Sungguh pelik.
Apapun Ram memang kawan serumah yang baik hati dan kira sekepala. Duduk rumah sewa kalau masing-masing nak buat perangai dan ada perangai masing memang susah jadinya. Tambahan lagi kalau yang terlalu social sampai bawa awek ke rumah sewa untuk menambah kemesraan. Satu lagi yang bahaya , dadah atau pil khayal .Kalau ada member serumah yang terlibat dengan benda sebegini semestinya membuat rakan rumah sewa lain tidak senang . Bahaya dan sangat bahaya.

Dulu kami bertiga. Seorang sahabat Ram dan rakan sepejabat Ram. Nama Adi. Tapi jodoh dia awal dan dah kawin . Adi berpindah dari rumah sewa aku dan ke taman sebelah bersama isterinya. Tak sangka pula dalam sikap penyenyap Adi cepat pula berkahwin . Adi ni boleh dikatakan budak skemalah juga. Pendek kata Adi ni pengamal fahaman skema. Dari segi pakaian, rambut dan semuanya . Seoarang guru matematik. Tak tahu pula macam mana dia mengajat pelajar dalam kelas. Yang aku pasti Adi bukan orang jenis cepat marah . Kira kool semacam . Orang kutuk atau puji sentiasa mendapat balasan lontaran senyum Adi yang manis dengan gigi tersusun rapi. Cakap tentang perempuan pun susah nak dengar dari mulut Adin tetiba di kalangan kami bertiga dia yang kawin dulu. Betul kata pendapat ramai , kalau jadi cikgu memang senang nak meminang anak dara orang . Masa depan terjamin. Adi berjaya memikiat Radiah , guru bahasa Arab yang mengajar satu sekolah dengan Adi. Mula-mula aku dengan Ram tak tahu Adi sedang bercinta dengan Radiah , pada suatu hari Ram terjumpa surat di atas meja Adi yang bertulisan jawi. Hebat betul percintaan Adi sehingga mendapat surat yang ditulis dengan tulisan Jawi . Satu keistimewaan dan membuat aku dengan Ram terpaksa respect . Aku, nak dapat surat tulisan rumi pun susah inikan pula tulisan jawi .Maklumlah cikgu Bahsa Arab.

Dua bulan bercinta, 3 bulan bertunang dan terus kahwin . Bukan macam Ram ,bermadah dan bersafah bukan main lagi . Yang pasti dia selalu mendapat masalah disebabkan awek-aweknya.

Rasa malas hendak pergi kerja waktu pagi memang selalu ada. Terutama pagi yang dingin seprti pagi ini yang diiringin dengan hujan rintik-rintik. Suasana sungguh damai. Tapi apakan daya kerja tetap kerja . Petang lepas kerja ada dating pula dengan Nurul . Lama juga tak jumpa Nurul. Entah apa cerita terbaru dia pun aku tak tahu. Dua minggu lepas memang dia sibuk dengan exam. So malas pula nak ganggu dia . Berat kaki aku melangkah namun akhirnya sampai jua aku ke pejabat. Tajudin rakan sepejabat aku tengah makan pagi. Nampak berselera betul dia makan nasi lemak lauk kerang . Setiap suapan dinikmati dengan penuh yakin dan di tambah pula dengan air milo panas. Bau nadi lemak menusuk ke lunang hidung aku membuat aku terasa nak makan nasi lemak….



“ Hai Nurul lama tak jumpa, apa citer sekarang “ Tegur aku pada Nurul dan diikuti dengan seyuman paling menawan .

‘ Eh Mat .tak bestlah hai berhai ni , bagilah salam baru lah romantic” Nurul menjawab teguran aku sambil bergurau
“ok lah assalamualikum cik Nurul” Aku memberi salam pada Nurul
“Waalaikummussalam Abang Kelana Sepi” Nurul menjawab salam aku dan memanggil nama aku dengan Kelana Sepi . Macam mana Nurul tahu nama samaran aku Kelana Sepi. Mungkin suatu masalah besar .Pecahlah rahsia aku yang aku pernah menyukai awek yang bernama Najwa..

“ Oooo abang Mat dan ada awek ya” Nurul tersenyum pada aku . Apakah aku mesti menceritakan kisah aku pada Nurul. Serba salah aku dibuatnya. …

--bersambung----